Monday 12 April 2010

Learn From The Penguin's Life


Suatu malam, ketika sedang membelek-belek majalah Mastika edisi terbaru, April 2010, yang tersusun di celahan rak buku di rumah, diri ini tertarik kepada sebuah artikel yang memaparkan gambar puluhan penguin beserta tulisannya. Melihatkan gambar sepasang penguin yang comel bersama-sama menjaga anak mereka yang baru menetas, ditambah pula dengan artikelnya yang diberi tajuk "Pengorbanan Seorang Ayah", telah menarik minatku. Nyata, setelah membacanya, hati ini cukup tersentuh. Di sini kutitipkan artikel ini untuk dihayati bersama..

"Musim sejuk sudah tiba! Ribuan penguin berbondong-bondong merentasi kawasan Antartika di Kutub Utara mengharungi perjalanan sejauh 100 kilometer. Selama berminggu-minggu berjalan, kadang-kadang sang penguin berenang, meluncur dengan perutnya di permukaan ais. Matlamat mereka hanya satu, menuju ke suatu destinasi yang sama. Pada akhir perjalanan, sang penguin ini bertemu dengan ribuan lagi spesies yang sama berkumpul di suatu dataran ais yang luas terbentang.

Sebenarnya, ada tujuan maha penting di sebalik penghijrahan beramai-ramai penguin ini.

Dataran luas tempat mereka bertemu inilah lokasi terbaik untuk si penguin bertelur, menetas, dan menjaga anak masing-masing. Perjalanan memenatkan ini hanyalah sekelumit daripada sekian banyak pengorbanan yang terpaksa dihadapi penguin demi masa depan anak-anak mereka.

Cabaran sebenar hanya bermula setelah sang penguin betina bertelur. Setelah bertelur sebiji, sang betina menyerahkan tugas mengeram kepada si jantan. Si betina kembali ke laut memburu sotong dan ikan. Sang penguin jantan pula mengambil alih tugas mengeram tanpa sebarang kerenah. Ketika mengeram, penguin jantan berhati-hati membawa telur di atas kakinya bagi melindungi daripada terkena ais dan cuaca sejuk.

Pengorbanan penguin jantan menjaga telur sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sang jantan terus berdiri sepanjang waktu mengeram telur ketika cuaca sejuk serendah 40 darjah Celcius di bawah paras beku. Sepanjang tempoh empat bulan itu, penguin jantan tidak pernah sekalipun meninggalkan telurnya meskipun lapar. Jika telur tersebut ditinggalkan, ia akan membeku dan anak yang belum menetas itu akan mati dalam tempoh beberapa minit sahaja. Penguin jantan terus sabar, menahan lapar dan berkorban menunggu telur menetas sehingga separuh berat badannya turun.

Sepanjang empat bulan itu, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama sambil membawa telur di kaki masing-masing. Penguin jantan berasak-asak, menghampiri antara satu sama lain, bagi memanaskan badan mereka.

Akhir musim sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia. Tapi, si anak tetap berada di atas kaki si ayah. Makanan pertama si anak ialah susu daripada tembolok si ayah. Biarpun tidak makan apa-apa selama empat bulan, tetapi si ayah tetap berkorban memberi makan anaknya dari temboloknya.

Pada saat itulah, sang penguin betina kembali ke daratan setelah empat bulan berburu di laut. Si ibu akan menyuap makanan yang tersimpan dalam temboloknya ke mulut anak kecilnya. Setelah sang betina datang, penguin jantan yang kelaparan segera kembali ke laut, memburu sotong dan ikan. Setelah kekenyangan, si jantan balik semula menemani penguin betina memberi makan anak-mereka bersama-sama.

Sifat penguin jantan yang sabar, penyayang dan romantis menyebabkan haiwan ini jarang bertukar pasangan. Setiap masa, si penguin jantan dan betina sibuk merayu antara satu sama lain, merengek-rengek seperti pasangan kekasih sedang mabuk cinta. Sang jantan setia pada si betina berpuluh tahun sehinggalah ada antara mereka menemui ajal. Ketika itu, barulah sang jantan yang jangka hayatnya boleh mencapai 20 tahun, mencari pasangan lain.

Sifat penguin yang amat dedikasi, taat setia, dan penyayang terhadap anak-anaknya tidak pernah berubah sejak berjuta-juta tahun lalu sampailah sekarang. Peliknya, ada antara kita yang bergelar manusia sanggup membuang anak yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah, longkang, dan meninggalkannya di tepi-tepi jalan."


Penguin, walaupun ianya tidak sesempurna manusia, tanpa akal, namun keluhurannya dalam meniti kehidupan amat mengkagumkan. Penguin ini telah melaksanakan yang terbaik demi menunaikan tanggungjawabnya, memelihara anaknya yang juga merupakan anugerah daripada Allah. Pada pandangan saya, sedikit sebanyak ciri pembinaan baitul muslim itu sendiri mungkin dapat dicontohi daripada kisah penguin ini.


p/s : masih adakah mujahidin yang memiliki sifat terbaik penguin itu tadi, yang boleh diajak bercinta, sebagai teman hidup sepanjang hayat di dunia, hinggalah ke syurga?

My First Step On The Blogging World


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil 'alamin wassolatuwassalam 'ala asyrafil anbiya'i walmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuAllah ini buat semua khalifatullah yang masih menyedut nafasnya di bumi barakah ini. Selaut kesyukuran juga dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan segala limpah kurnia, taufiq dan inayahnya serta rahmat yang telah dicurahkan kepada seluruh penghuni 'alam ini, akhirnya ana berjaya menyiapkan suatu medium dakwah yang terbina atas desakan naluri serta keinginan hati untuk menyambung kembali perjuangan usrah dan dakwah yang telah lama wujud di setiap insitusi pengajian yang telah ana ikuti sehingga kini. Menyedari akan peri pentingnya pertubuhan dakwah dalam setiap insitusi dalam negara kita sebagai sebuah negara Islam,

di mana peranannya ialah untuk mengajak setiap individu kembali ke jalan yang sebenar, yang diredhai Allah serta kembali kepada fitrah kejadian manusia yang asal, iaitu untuk beriman kepada Allah, kebanyakan insitusi dalam negara ini sudah memiliki persatuan dakwah bagi komunitinya tersendiri. Kesedaran terhadap Islam yang telah mula bercambah dalam diri kebanyakan daripada masyarakat pada hari ini rentetan pelbagai peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini seperti kekejaman Israel yang memusnahkan penduduk Islam di Gaza telah memutikkan keinsafan serta kekuatan dalam diri ana bahawa perjuangan mempertahankan addin Allah ini perlu diteruskan, walaupun cuma sekadar yang termampu. Atas sebab di atas inilah ana mula menguatkan hati serta mengumpul kekuatan diri untuk mula membina blog ini, dengan harapan dapat berkongsi ilmu walaupun hanya secebis cuma. Justeru, ana ingin menyeru kepada semua sahabat serta saudara seIslam, marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan dakwah Islamiah ini agar addin Allah, Tuhan sekalian alam tidak mudah ditindas oleh anasir-anasir luar yang sentiasa berhasrat untuk melenyapkan terus Islam dari atas muka bumi ini. Salam perjuangan buat sahabat seIslamku!!

~ LABELS ~

Life (23) Motivation (21) Love (19) Dakwah (15) Muhasabah (14) Tazkirah (14) Wishes (13) Facts (11) Poems (10) Epilog (7) Beauty (5) Songs (5) Sahabat (4) Stories (4) Videos (4) Ukhuwwah (2) Sadness (1)

Saifulislam.Com

Langit Ilahi

++ LITTLE BIT SADNESS, BEBAS MENGATUR LANGKAH ++

Lilypie Angel and Memorial tickers

Disiplin! Qudwah hasanah! Matang! Berubah!

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers