Saturday 23 October 2010

Buat Yang Bergelar Manusia

Wahai insan
Dunia ini bukan tempatmu
Maka janganlah kau terlalu cenderung kepadanya
Manusia itu asalnya syurga
Dan manusia pasti kembali ke sana
Namun jalan pulang tak semudah dijangka
Dugaan dan ujian pasti menerpa
Menguji teguhnya iman di jiwa
Tinggalkanlah berlebih-lebihan terhadap dunia
Sebagaimana peminta dunia meninggalkan akhiratnya
22 Oktober 2010
Musolla Saidatina Khadijah
Kolej Kediaman ke-12
Universiti Malaya

Sunday 10 October 2010

Kefahaman itu Ilmu!?

Belajar sehingga faham itu ilmu. Tanpa memahami sesuatu perkara itu, ianya tidakkan menjadi ilmu. Setujukah anda dengan pernyataan saya? Benar atau tidak, mari kita selidiki..

Belajar itu memerlukan kefahaman daripada teori yang paling asas untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang lebih besar. Percaya atau tidak? Sy katakan ya! Kerana soalan-soalan fizik yang sukar, hanya dapat diselesaikan dengan teori-teori mudah, yang dipelajari pada permulaan pelajaran tersebut.
Contohnya seperti soalan-soalan fizik di bawah tajuk 'Simple Harmonic Motion', (atau ditafsirkan oleh dejay sebagai pergerakan ringkas harmoni), dapat dijawab dengan mudah hanya dengan merujuk kembali kepada konsep circle, acceleration, resultant force dan bla2 lagi..

Bagaimana ini boleh berlaku? Sebabnya, asas merupakan tunjang yang paling utama kepada perkara-perkara yang besar. Dengan memahami asas, kita akan dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan dalam kehidupan, hanya dengan merujuk kembali kepada perkara yang asas tersebut. Manusia sememangnya memiliki suatu penyakit yang dinamakan 'lupa', so, disini asas akan memainkan peranan utama untuk membantu menyelesaikan perkara yang telah terganggu akibat penyakit lupa tersebut. Hal ini hanya berlaku apabila minda dapat mencernakan kefahaman asas yang telah dimiliki, kemudian mengaitkannya dengan realiti permasalahan, seterusnya memanipulasikan asas tersebut supaya menjadi suatu penyelesaian.



Sekarang mari kita kaitkannya dengan realiti kita sebagai umat Islam kini. Sedar tak sedar, ramai yang hanya belajar semata-mata untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan, bukan kerana ilmu. Sebab itulah, jika kita perhatikan dunia sekarang, para mahasiswa terutamanya, hanya memiliki segulung ijazah semata-mata. Apabila ditanyakan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan apa yang telah dia pelajari itu, hanya jawapan tidak tahu, saya da lupa, entahla, dan sebagainya yang kita dengari. Ini realiti. Dan ianya agak memalukan kita sebagai golongan terpelajar. Muhasabah buat diri sendiri juga.

Kebanyakan umat Islam hari ini juga kebanyakannya membaca dan menghafal al-Quran tanpa memahami maknanya. Alangkah ruginya. Kerana al-Quran itu tidak dapat menjadi baja keimanan di dalam jiwa. Sedangkan setiap bait-bait kata di dalam al-Quran itu adalah bicara Sang Pencipta kepada kita, hambanya. Alunan iramanya begitu indah selari maknanya. Setiap yang disampaikan hanya yang terbaik untuk kita. Cubalah melazimi diri dengan mentadabbur al-Quran. Pasti, kemanisan itu dirasai. :)

Hakikat pemahaman perkara asas mampu menyelesaikan permasalahan besar sememangnya tidak dapat disangkal. Sekarang, mari kita merujuk kembali kepada konsep fitrah. Fitrah manusia hidup bertuhan, dan pemahaman bahawa kita diciptakan oleh Tuhan dan akan kembali kepadaNya suatu hari nanti, mendorong kita untuk bertaubat, dan kembali kepada Dia. Hal ini sekaligus membantu menyelesaikan permasalahan yang kita telah alami dan lalui. Just back to da basic. Kembali kepada perkara dasar.

Al-Quran dan as-Sunnah juga menjadi sumber rujukan utama umat Islam bagi menyelesaikan pelbagai perkara di dalam kehidupan. Dan ianya hanya dapat membantu kita apabila isi kandungannya diteliti dan difahami dengan sempurna. Jelas kan!? Perkaitan antara kefahaman dan ilmu, hanya ilmu yang difahami dapat menjadi bekalan kehidupan. Dan sekali lagi, kita kembali kepada perkara asas. Memahami lantas menghasilkan ilmu.

"Sahabat, kefahaman itu sememangnya membuahkan ilmu. Ilmu yang bermanfaat membuahkan pahala yang berterusan. Tuntutlah ilmu dengan kefahaman, jangan disia-siakan setiap peluang yang diperolehi bagi mendapatkan ilmu. Ilmu Allah itu maha luas. Namun, ingatlah, bahawa jangan sombong dengan ilmu yang banyak, kerana ilmu itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada manusia, bukan untuk dibanggakan.."

Thursday 7 October 2010

Daie, Janji Setiamu Pasti Diuji!

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Telah disebutkan di dalam kalamNya,
bahawa setiap yg mengaku beriman kepada Allah, pasti akan diuji.
Namun, jgn pernah kamu merasa putus asa dgn ujian Allah itu,
kerana tiada apapun yg didatangkan oleh Allah dgn sia-sia.
Tiada suatu pun yg diciptakan melainkan dgn rahmatNya.
Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Sungguh, al-Quran itu penawar.
Dan limpahan ujian yg bertubi-tubi itulah menyediakan kekuatan.
Kebal dgn segala macam kerenah dunia yg menyesakkan dada.
Benar, seperti yg pernah disebutkan dlm buku La Tahzan, karya Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni,
"belajarlah utk menghayati hal-hal yg menakutkan,
nescaya ketakutanmu itu akan hilang."

Dan kini kuakui.
Kegentaran menempuhi liku-liku kehidupan lenyap.
Begitu banyak nikmat mula terzahir.
di sisiku teman-teman yang soleh,
di sisiku baitul muslim ibu bapaku.
Betapa besar rahmat kurnianya yg terlepas pandang.
Seringkali terlupa utk bersyukur kepadaNya,
sedangkan keimanan hanya diuji oleh secalit permasalahan dunia.
Astaghfirullah. Mungkin khilafku.




Dan kini, aku kembali berdiri.
Cuba mengikis karat-karat jahiliyah dalam hati.
Mencari semula suatu sinar ketenangan yg pernah bertapak di sini.
Syukur, rahmat taufiq & hidayahNya tidak pernah putus bagiku.
Walaupun imanku, selalu sahaja yazid wa yanquz.
Berjanji lagi pada nafsi.
Meneruskan langkahan perubahan ini.

Tiada masa lebihan untuk disia-siakan lagi.
Terus meniti langkah menuju kedewasaan.
Tidak perlu menoleh ke belakang,
merenungi masa lalu yang menyakitkan.
Bimbang kelak tersungkur kembali.
Suatu pesanan ukhti Masturah, yg selalu menjadi titik rujukanku,
"jangan pernah main tarik tali dengan hidayah Allah,
bimbang kelak ia takkan pernah diraih lagi."

Pesanan ukhti Masturah lagi,
"enti perlu cepat belajar hikmah Allah."
Dan kini, aku mempelajari.
Dan semakin mengerti.
Aku harus tangkas mempersiapkan diri.
Mendokong perjuangan sahabat2ku ini.
Akulah daie yang dinanti.
InsyaAllah, Islam agamaku kan ku julang tinggi!
Wahai Daie, sunnatullah, janji setiamu pasti diuji!

Wednesday 6 October 2010

La Tahzan ~ Mengenali Dia Yang Maha Pemurah :)

Apabila kecintaanmu benar
Maka semuanya akan terasa mudah
Dan semua yang ada di atas tanah
Akan pulang menjadi tanah lagi

Allah subhanahu wa Ta'ala adalah Tuhan Yang Paling Pemurah dari yang pemurah dan Yang Paling Dermawan di antara penderma. Dia menganugerahkan kepada hamba-hambaNya sebelum mereka memohon dan di atas apa yang mereka harapkan. Allah subhanahu wa Ta'ala menghargai suatu amal walaupun sedikit dan terus menerus. Dia mengampuni banyak kesalahan dan menghapuskannya. Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan. Dia tidak merasa kepenatan sedikitpun untuk beralih dari satu pendengaran ke pendengaran yang lain. Dia tidak pernah berbuat salah dengan banyaknya permasalahan, tidak pernah merasa jemu dengan tekanan permohonan orang-orang yang memohon, bahkan Dia mencintai orang-orang yang memohon dalam doanya. Dia senang diminta, dan Dia akan marah bila tidak diminta.

Dia malu kepada hambaNya, tetapi sebaliknya hambaNya itu tidak malu kepadaNya. Dia menutupi hambaNya walaupun ia tidak menutupi diriNya. Dia mengasihi hambaNya yang tidak mengasihi diriNya. Tidak ada yang dapat menghilangkan keburukan kecuali Dia. Sesungguhnya, tidak ada yang dapat mengabulkan doa, menghentikan perselisihan kekhilafan, mengampuni kesalahan, menutupi aib, menyelamatkan dari bencana, menolong dari musibah, dan memberikan anugerah melainkan hanya Allah semata-mata.

Allah subhanahu wa Ta'ala Dzat yang lebih luas pemberianNya, lebih banyak kasih sayangNya, lebih dermawan pemberianNya, lebih kuat perlindunganNya dan lebih mencukupi hamba yang bertawakkal kepadaNya. Kasih sayangNya kepada hambaNya lebih besar daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Dia lebih senang dengan taubat hambaNya daripada seseorang yang kehilangan unta kenderaan yang membawa makanan dan minumannya di tengah padang sahara yang membinasakan, kemudian manakala ia putus asa untuk dapat bertahan hidup, tiba-tiba menemukan kembali kenderaannya itu.



"Sayugianya keputusan anda dalam rangka usaha meraih kebahagiaan menjadi pengalaman tersendiri yang menggembirakan."

_dipetik daripada - La Tahzan :)

Tuesday 5 October 2010

Aku Ingin Kembali..



Aku ingin kembali,
Menjadi diri yang dahulu,
Kecerdasanku membanggakan orang tuaku.

Aku ingin kembali,
Menjadi diri yang dulu,
Kepintaranku melahirkan kecintaan para guru.

Aku ingin kembali,
Menjadi diri yang dulu,
Kemahiranku sandaran harapan tempatku.

Aku ingin kembali,
Menjadi diri yang dulu,
Yang senantiasa mencari peluang mengasah bakatku.

Aku ingin kembali,
Menjadi diri yang dulu,
Yang menutup bibirnya daripada berbicara tanpa tentu.

Aku ingin kembali,
Menjadi diri yang dulu,
Disayangi & dihormati sahabat-sahabatku.

Aku ingin kembali,
Menjadi diri yang dulu,
Sepenuhnya mencintai & dicintai Tuhanku.

Walaupun masa begitu pantas berlalu,
Walaupun kehidupan berlari meninggalkanku,
Aku ingin kembali,
Tanpa pernah menoleh lagi.
Sesungguhnya keyakinanku pada Tuhanku yang tidak pernah akan mensia-siakanku mengatasi segalanya..!

Saturday 2 October 2010

Cinta Paksa Rela ~ Suatu Kisah


Namun, hanya cinta manusia yang akan berakhir begini.
Cinta Allah itu sentiasa abadi.
Dialah segalanya.
Penawar hati~

Friday 1 October 2010

Lelaki Acuan al-Quran

Lelaki acuan al-Quran..
Basah lidahnya mengingati Tuhan..
Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan..

Lelaki acuan al-Quran..
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan..
Quran & sunnah jadi panduan..
Akhlak nabi jadi ikutan..

Lelaki acuan al-Quran..
hidup matinya kerana Tuhan..
hidup matinya kerana Tuhan..

Dialah lelaki acuan al-Quran..
Jadi teladan sepanjang zaman..
Jadi teman di perjalanan..

~ LABELS ~

Life (23) Motivation (21) Love (19) Dakwah (15) Muhasabah (14) Tazkirah (14) Wishes (13) Facts (11) Poems (10) Epilog (7) Beauty (5) Songs (5) Sahabat (4) Stories (4) Videos (4) Ukhuwwah (2) Sadness (1)

Saifulislam.Com

Langit Ilahi

++ LITTLE BIT SADNESS, BEBAS MENGATUR LANGKAH ++

Lilypie Angel and Memorial tickers

Disiplin! Qudwah hasanah! Matang! Berubah!

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers