Sunday 10 October 2010

Kefahaman itu Ilmu!?

Belajar sehingga faham itu ilmu. Tanpa memahami sesuatu perkara itu, ianya tidakkan menjadi ilmu. Setujukah anda dengan pernyataan saya? Benar atau tidak, mari kita selidiki..

Belajar itu memerlukan kefahaman daripada teori yang paling asas untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang lebih besar. Percaya atau tidak? Sy katakan ya! Kerana soalan-soalan fizik yang sukar, hanya dapat diselesaikan dengan teori-teori mudah, yang dipelajari pada permulaan pelajaran tersebut.
Contohnya seperti soalan-soalan fizik di bawah tajuk 'Simple Harmonic Motion', (atau ditafsirkan oleh dejay sebagai pergerakan ringkas harmoni), dapat dijawab dengan mudah hanya dengan merujuk kembali kepada konsep circle, acceleration, resultant force dan bla2 lagi..

Bagaimana ini boleh berlaku? Sebabnya, asas merupakan tunjang yang paling utama kepada perkara-perkara yang besar. Dengan memahami asas, kita akan dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan dalam kehidupan, hanya dengan merujuk kembali kepada perkara yang asas tersebut. Manusia sememangnya memiliki suatu penyakit yang dinamakan 'lupa', so, disini asas akan memainkan peranan utama untuk membantu menyelesaikan perkara yang telah terganggu akibat penyakit lupa tersebut. Hal ini hanya berlaku apabila minda dapat mencernakan kefahaman asas yang telah dimiliki, kemudian mengaitkannya dengan realiti permasalahan, seterusnya memanipulasikan asas tersebut supaya menjadi suatu penyelesaian.



Sekarang mari kita kaitkannya dengan realiti kita sebagai umat Islam kini. Sedar tak sedar, ramai yang hanya belajar semata-mata untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan, bukan kerana ilmu. Sebab itulah, jika kita perhatikan dunia sekarang, para mahasiswa terutamanya, hanya memiliki segulung ijazah semata-mata. Apabila ditanyakan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan apa yang telah dia pelajari itu, hanya jawapan tidak tahu, saya da lupa, entahla, dan sebagainya yang kita dengari. Ini realiti. Dan ianya agak memalukan kita sebagai golongan terpelajar. Muhasabah buat diri sendiri juga.

Kebanyakan umat Islam hari ini juga kebanyakannya membaca dan menghafal al-Quran tanpa memahami maknanya. Alangkah ruginya. Kerana al-Quran itu tidak dapat menjadi baja keimanan di dalam jiwa. Sedangkan setiap bait-bait kata di dalam al-Quran itu adalah bicara Sang Pencipta kepada kita, hambanya. Alunan iramanya begitu indah selari maknanya. Setiap yang disampaikan hanya yang terbaik untuk kita. Cubalah melazimi diri dengan mentadabbur al-Quran. Pasti, kemanisan itu dirasai. :)

Hakikat pemahaman perkara asas mampu menyelesaikan permasalahan besar sememangnya tidak dapat disangkal. Sekarang, mari kita merujuk kembali kepada konsep fitrah. Fitrah manusia hidup bertuhan, dan pemahaman bahawa kita diciptakan oleh Tuhan dan akan kembali kepadaNya suatu hari nanti, mendorong kita untuk bertaubat, dan kembali kepada Dia. Hal ini sekaligus membantu menyelesaikan permasalahan yang kita telah alami dan lalui. Just back to da basic. Kembali kepada perkara dasar.

Al-Quran dan as-Sunnah juga menjadi sumber rujukan utama umat Islam bagi menyelesaikan pelbagai perkara di dalam kehidupan. Dan ianya hanya dapat membantu kita apabila isi kandungannya diteliti dan difahami dengan sempurna. Jelas kan!? Perkaitan antara kefahaman dan ilmu, hanya ilmu yang difahami dapat menjadi bekalan kehidupan. Dan sekali lagi, kita kembali kepada perkara asas. Memahami lantas menghasilkan ilmu.

"Sahabat, kefahaman itu sememangnya membuahkan ilmu. Ilmu yang bermanfaat membuahkan pahala yang berterusan. Tuntutlah ilmu dengan kefahaman, jangan disia-siakan setiap peluang yang diperolehi bagi mendapatkan ilmu. Ilmu Allah itu maha luas. Namun, ingatlah, bahawa jangan sombong dengan ilmu yang banyak, kerana ilmu itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada manusia, bukan untuk dibanggakan.."

0 comments:

~ LABELS ~

Life (23) Motivation (21) Love (19) Dakwah (15) Muhasabah (14) Tazkirah (14) Wishes (13) Facts (11) Poems (10) Epilog (7) Beauty (5) Songs (5) Sahabat (4) Stories (4) Videos (4) Ukhuwwah (2) Sadness (1)

Saifulislam.Com

Langit Ilahi

++ LITTLE BIT SADNESS, BEBAS MENGATUR LANGKAH ++

Lilypie Angel and Memorial tickers

Disiplin! Qudwah hasanah! Matang! Berubah!

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers