Monday, 7 June 2010

Misteri dan Hebatnya Makna Cantik..

Kadangkala, sesuatu itu hadir disaat kita memerlukannya, tanpa perlu kita bersuara walau sedikit pun.. Petang semalam semasa aku sedang mengemaskini fail-failku.. aku menemukan kembali sebuah artikel yang telah lama dalam simpananku.. Aku tertarik kepada artikel nie setelah membacanya di BK14 sewaktu kehidupanku berjalan di APIUM Nilam Puri dahulu.. So, dgn penuh semangatnya *aku pun terus buat salinan.. hehe.. takpe.. aku tahu satu masa nanti.. artikel ini ada gunanya.. ilmu itu akan terus bertambah kan sekalipun ia dikongsi :) .. *p/s : rasenye owg perempuan mesti suka bace artikel nie.. hee~ tak sabar rasenye nak share ngan korang.. nie artikelnye.. *maaf ye tak dapat nak detect sumber asalnye.. papepun *it's meaningful to me :) ~

"Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini senantiasa berlainan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, yang kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa..? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang menganggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang menganggap rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik, tetapi ada juga orang suka yang hitam manis.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar, tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik, tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat itu.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan melalui mulut yang lebar. Semakin lebar mulut, semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih bulat dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara atau nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda."

Cantik itu abstrak.. Cantik itu universal.. Fitrah manusia itu menyukai kecantikan.. Tetapi jangan sampai kecantikan ciptaan-Nya mengaburi kecantikan Sang Pencipta di pandangan kita.. & ingat, sebagaimana cantik pun rupa, ianya tidak akan mampu menandingi kecantikan hati.. Ikhlas dan menghargai..



"kenalilah seseorang itu dengan mata hati.. jangan kenal seseorang dengan iras pandang.. bila hati sudah serasi lahirlah keikhlasan.. cantik di mata orang takkan sama cantik di mata hati.."

0 comments:

~ LABELS ~

Life (23) Motivation (21) Love (19) Dakwah (15) Muhasabah (14) Tazkirah (14) Wishes (13) Facts (11) Poems (10) Epilog (7) Beauty (5) Songs (5) Sahabat (4) Stories (4) Videos (4) Ukhuwwah (2) Sadness (1)

Saifulislam.Com

Langit Ilahi

++ LITTLE BIT SADNESS, BEBAS MENGATUR LANGKAH ++

Lilypie Angel and Memorial tickers

Disiplin! Qudwah hasanah! Matang! Berubah!

Lilypie Angel and Memorial tickers

Followers